PAS PERJALANAN BAS.MY KOTA KINABALU

KAD KONSESI

Manfaat tambang percuma Untuk Warganegara Malaysia bagi kategori:

  • Orang Kelainan Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Warga emas berumur 60 tahun ke atas.
  • Pelajar sekolah berumur 7 hingga 17 tahun.
  • Golongan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang terpilih.

Cara penggunaan dan pendaftaran:

  • Guna MyKad/MyTentera – Pendaftaran di kaunter BAS.MY Kota Kinabalu adalah PERCUMA.
  • Guna Kad Konsesi – Dapatkan Kad Konsesi di Kaunter BAS.MY
    Kota Kinabalu – RM10 sahaja (sekali seumur hidup).
  • Guna aplikasi LUGO – Pendaftaran melalui aplikasi adalah
    PERCUMA.
KAD 30 HARI
  • Manfaat penjimatan sehingga 80%.
  • Hanya RM30 untuk perjalanan tanpa had bagi tempoh 30 hari.
  • Untuk Warganegara Malaysia berumur 18-59 tahun.
  • Penggunaan melalui MyKad/MyTentera atau aplikasi LUGO.

Cara penggunaan dan pendaftaran:

  • Guna MyKad/MyTentera – Pendaftaran di kaunter BAS.MY Kota Kinabalu untuk melanggan.

  • Guna aplikasi LUGO – Pendaftaran melalui aplikasi untuk
    melanggan.